Sunday, 16 August 2015

Pertama...Kisah kelahiran "Malaikat Kecil" Kami

Bismillahhirrahmanirrahim....

Muhammad Lutfi Mikail....dilahirkan pada 08.08.2015 bersamaan 23 Syawal 1436h...Lahir dari perut seorang ibu yang mengandungkankan Mikail...Mikail diciptakan oleh Allah adalah anugerah buat ibu Mikail dan Anugerah terindah buat mummy dan abi...setelah 6 tahun penantian mummy dan abi...akhirnya Allah anugerahkan Mikail buat mummy dan abi. Hadirnya Mikail dalam hidup mummy dan abi bermulalah kehidupan baru buat mummy dan abi...Mikail adalah rezeki Allah buat mummy dan abi...insha allah mummy dan abi akan didik Mikail jadi anak soleh, bijak dan yang penting Mikail tahu siapa Mikail...kita adalah hamba Allah yang dicipta untuk beribadah kepadaNya dan Mikail perlu ingat...Buat apa yang di suruh Allah dan tinggal apa yang dilarang Allah...Insha allah mummy akan sentiasa bersama Mikail hingga akhir hayat mummy...Tetapi andai kata Allah dah tetapkan mummy bersama Mikail pada waktu-waktu tertentu, Mikail jangan bimbang...Mikail tetap ada Allah bersama Mikail...ini pesan mummy dan abi buat Mikail...mesti Mikail tertanya-tanya kenapa bukan mummy yang lahirkan Mikail kan?Walau apapun terjadi Mikail tetap anak mummy dan abi sebab Allah telah tetapkan kita bersama dan memberi peluang kepada mummy untuk menyusukan Mikail...menjadi seorang ibu buat Mikail...Mikail jangan anggap ibu yang mengandungkan Mikail tak sayangkan Mikail...Ibu Mikail memang sayangkan Mikail..Tetapi seperti yang mummy katakan tadi...Mikail adalah rezeki dan anugerah Allah buat mummy dan abi...Insha allah bila Mikail dah besar dan pandai berfikir, Mikail akan tau kenapa...Cuma satu mummy minta...Mikail jangan salahkan ibu yang mengandungkan Mikail atau sesiapa sahaja..kerana segalanya tentang Mikail telah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi....kita sebagai hamba Allah perlu redha...sebab apa yang kita lakukan didunia akan ada balasan oleh Allah...mummy nak Mikail tau bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI...mummy dan abi sayang Mikail...

No comments:

Post a Comment