Monday, 31 August 2015

28 Ogos 2015 Mikail balik Taiping....

28.08.2015 yang lepas Mikail first time berjalan jauh...Mummy dan abi bawak Mikail balik Taiping Jumpa Opah dan wan...Alhamdulillah Mikail baik jer dalam kereta..tak nangis pun...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita....

Sunday, 23 August 2015

Majlis Tahnik Buat Mikail...

Assalamualaikum

Mikail sayang...maafkan mummy dan abi sebab lewat buat majlis tahnik buat Mikail...Hari ke-16 baru mummy dan abi berkesempatan buat majlis untuk Mikail...Mummy doakan Mikail sihat dan jadi anak soleh buat mummy abi dan umi...Mikail untung sebab Mikail ada mummy, abi, umi, opah, wan,neknyang, dan ramai sangat yang mummy tak dapat sebut kat sini...tapi untuk pengetahuan Mikail...waktu Mikail kecil, Mikail ada dua orang dayang yang cantik dan gebu...hehehe...UCU KAKAK dan UCU ADIK....Mikail betul-betul bertuah dan mummy doakan Mikail sentiasa dalam rahmat Allah.

Sunday, 16 August 2015

Pertama...Kisah kelahiran "Malaikat Kecil" Kami

Bismillahhirrahmanirrahim....

Muhammad Lutfi Mikail....dilahirkan pada 08.08.2015 bersamaan 23 Syawal 1436h...Lahir dari perut seorang ibu yang mengandungkankan Mikail...Mikail diciptakan oleh Allah adalah anugerah buat ibu Mikail dan Anugerah terindah buat mummy dan abi...setelah 6 tahun penantian mummy dan abi...akhirnya Allah anugerahkan Mikail buat mummy dan abi. Hadirnya Mikail dalam hidup mummy dan abi bermulalah kehidupan baru buat mummy dan abi...Mikail adalah rezeki Allah buat mummy dan abi...insha allah mummy dan abi akan didik Mikail jadi anak soleh, bijak dan yang penting Mikail tahu siapa Mikail...kita adalah hamba Allah yang dicipta untuk beribadah kepadaNya dan Mikail perlu ingat...Buat apa yang di suruh Allah dan tinggal apa yang dilarang Allah...Insha allah mummy akan sentiasa bersama Mikail hingga akhir hayat mummy...Tetapi andai kata Allah dah tetapkan mummy bersama Mikail pada waktu-waktu tertentu, Mikail jangan bimbang...Mikail tetap ada Allah bersama Mikail...ini pesan mummy dan abi buat Mikail...mesti Mikail tertanya-tanya kenapa bukan mummy yang lahirkan Mikail kan?Walau apapun terjadi Mikail tetap anak mummy dan abi sebab Allah telah tetapkan kita bersama dan memberi peluang kepada mummy untuk menyusukan Mikail...menjadi seorang ibu buat Mikail...Mikail jangan anggap ibu yang mengandungkan Mikail tak sayangkan Mikail...Ibu Mikail memang sayangkan Mikail..Tetapi seperti yang mummy katakan tadi...Mikail adalah rezeki dan anugerah Allah buat mummy dan abi...Insha allah bila Mikail dah besar dan pandai berfikir, Mikail akan tau kenapa...Cuma satu mummy minta...Mikail jangan salahkan ibu yang mengandungkan Mikail atau sesiapa sahaja..kerana segalanya tentang Mikail telah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi....kita sebagai hamba Allah perlu redha...sebab apa yang kita lakukan didunia akan ada balasan oleh Allah...mummy nak Mikail tau bahawa JANJI ALLAH ITU PASTI...mummy dan abi sayang Mikail...

Anak oh anak

Hari ni dah 9 hari Mikail bersama mummy dan abi...Semalam tali pusat Mikail dah tanggal dah...nanti Mikail akan besar dan membesar bersama mummy dan abi...mummy akan terus bercerita tentang Mikail selagi mummy mampu...Mikail adalah anugerah terindah buat mummy dan abi...Mummy dan abi sentiasa doakan Mikail jadi anak soleh dan bijak...anak yang tau tanggung jawab terhadap pencipta dan tau tanggung jawab terhadap mummy dan abi...

Wednesday, 12 August 2015

Assalamualaikum

Hari ini first time mummy belajar buat blog untuk "Malaikat Kecil" mummy MUHAMMAD LUTFI MIKAIL...Hari ini juga merupakan hari ke 5 Mikail berada di bumi Allah yang penuh cabaran. Banyak cabaran, dugaan dan liku-liku hidup yang perlu Mikail tempuhi...Insha Allah mummy dan abi akan sentiasa bersama Mikail dalam mendidik Mikail menjadi seorang hamba Allah yang patuh kepada suruhan Allah. mummy sentiasa doakan Mikail jadi yang terbaik..Mummy dan abi nak tengok Mikail membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh...Ini doa mummy dan abi...