Sunday 14 May 2017

Hero mama..

View photo in message

Anak mama dah besar...moga menjadi anak yang soleh dan bijak! Mama dan Abi sayang Muhammad!

Monday 1 May 2017

Kembali setelah hampir 2 tahun tidak bersua...

Cerita tetap sama...tentang malaikat kecil kami...MUHAMMAD LUTFI MIKAIL. Lagi 6 hari genap usia Mikail 1 tahun 9 bulan...Dah besar anak mama..panggilan mummy dh bertukar jadi mama..Ermm...buka apa...perkataan pertama yang keluar dari mulut Mikail masa usia 8 bulan adalah ma..ma..so, kita bertukar!!hahahaha...

Saturday 24 October 2015

Mummy sayang Mikail...

Hari ni dah 77 hari Mikail bersama mummy dan abi...Mikail adalah rezeki dan anugerah yang hebat buat mummy dan abi. Sejak seminggu yang lepas mummy tension sangat. Tapi bila tengok Mikail mummy happy. Mesti Mikail tertanya-tanya kenapa mummy tension kan...Mummy slalu cerita kat Mikail...Walaupun mummy tau Mikail tidak mengerti apa yang mummy bagi tau, tapi mummy lega bila dapat berbual-bual dengan Mikail. Seperti yang Mikail selalu dengar mummy cerita, mummy bersyukur sebab mummy dah habis study tau...Cuma mummy rasa mummy xdapat bawa Mikail pergi pada hari bersejarah mummy nanti. Kemuncak pada kita study adalah hari konvokesyen...Tapi mummy tak tau kita dapat pergi atau tidak...Sebabnya...kekangan kewangan..Mummy bukanlah orang senang, tapi mummy xnak tengok Mikail susah..Apapun mummy gembira bersama Mikail..mungkin bukan rezeki mummy nak konvo sekarang...mungkin mummy akan terus sambung study...dan cita-cita mummy nak bawa Mikail dan abi ikut mummy study kat oversea kalau ada rezeki mummy...Mikail doakan untuk mummy tau...Love u so much...

Wednesday 14 October 2015

Jejari ini menari lagi...

Dah lama mummy tak update blog kita..Harini 14.10.2015 bersamaan 1 Muharram 1437h...Hari ini juga Mikail dah berusia 66 hari...Semalam kita pergi klinik cucuk Mikail...Mikail memang anak yang baik. Tak nangis pun bila auntie misi cucuk...Mudah-mudahan Mikail tak demam. Mummy minta maaf setakat ini memang tak banyak gambar Mikail dalam simpanan mummy...Mummy tunggu Mikail besar sikit lagi...Nanti mummy upload banyak-banyak gambar Mikail anak mummy yang ensem ni..Minggu ni mummy tension sangat..sebab dah seminggu Mikail tak hisap susu mummy...Mikail nakal. Siap buat-buat nak muntah bila mummy bagi susu mummy. Pastu Mikail senyum...Geram mummy tau...bukan geram marah tapi geram tengok gelagat Mikail yang nakal. Harini mummy keje...So tinggal la Mikail dengan Umi dan neknyang. Tunggu mummy balik ye sayang...nanti mummy pelu-peluk Mikail dan cubit-cubit pipi Mikail yang tembun macam pipi abi....Mikail memang muka macam mummy tapi hidung macam abi...Tapi nanti besar jangan tiru mummy yang "pengulir" kata orang banjar...Hehehehe....Nanti Mikail belajar cakap Banjar dengan abi tau...Abi kalau cakap banjar mesti mummy gelak...lawak je mummy dengar...Tapi lagu banjar best tau...

Tuesday 15 September 2015

Masa Berlalu begitu Pantas...

Harini Mikail dah 38 hari. Masa Mikail 30 hari pada 08.09.2015, mummy dan abi bawa Mikail ke klinik, alhamdulillah berat Mikail dah bertambah cuma Doktor tak cucuk lagi hep B kat Mikail sebab Mikali demam. Balik je dari klinik mula hari trsebut tiap-tiap petang Mikail nangis Mummy dab abi tak tau nak buat apa lgi. Mummy dan abi bawa Mikail jumpa Tokki...Tokki kata Mikail kembung perut. Tapi lepas tu Mikail tetap juga nangis. Mummy dan abi bawa Mikail jumpa doktor pakar..sama juga, Mikail kembung. Doktor bagi ubat..Tapi Mikail tetap sama.13.09.2015 mummy dan abi bawa Mikail ke hospital Kota Bharu sebab ada temujanji bahagian telinga. Alhamdulillah telinga Mikail OK. semalam mummy dan abi lagi skali bawa Mikail ke klinik untuk cucuk dan jumpa doktor..Doktor tetap kata Mikail kembung perut. Mummy amat salute kat Mikail sebab semalam masa misi cucuk Mikail, Mikail tak nangis pun...Mymmy tau Mikail kuat dan Mikail perlu kuat sentiasa dalam menghadapi hari-hari mendatang. Mummy dan abi sayang Mikail.

Saturday 5 September 2015

Hujung Minggu Amat Bermakna Buat Mummy

Mummy memang nantikan hujung minggu sebab hujung minggu adalah waktu yang bermakna buat mummy...Mummy boleh sepenuhnya luangkan masa buat Mikail..Mesti Mikail tertanya-tanya mengapa hanya hujung minggu kan?Mummy memang tak dapat cuti seperti ibu ibu lain...hari ni mummy akan ceritakan lagi kisah Mikail bersama mummy dan abi. Mummy dan abi dah 6 tahun kahwin. Tetapi mummy belum lagi dikurniakan rezeki anak dengan mengandung dan menjalani hidupan seperti ibu mengandung lain..Tapi Allah Maha Kaya dan Maha mengetahui segalanya. Allah anugerahkan Mikail buat mummy dan abi. Walaupun bukan mummy yang mengandungkan Mikail, tetapi mummy dan abi menjaga dan ingin mendidik Mikail sehingga berjaya dan menjadi kebanggaan semua orang...Mummy dan abi lakukan yang terbaik buat Mikail. Tidak terdetik langsung bahawa Mikail bukan anak yang dikandung oleh mummy. Tetapi mummy dapat rasakan yang mummylah mengandungkan Mikail.Bermula usia Mikail 4 bulan dalam perut ibu kandung Mikail, mummy jaga Mikail seolah-olah mummy yang mengandung. Dan mummy amat bersyukur kepada Allah Mikail selamat melihat dunia Allah yang amat luas ini.Mummy amat berharap Mikail tidak salahkan ibu kandung Mikail kerana telah menyerahkan Mikail kepada mummy dan abi. Seperti yang mummy katakan, setiap apa perbuatan yang kita akan lakukan memang telah tertulis di Luh Mahfuz lagi. begitu juga dengan Mikail...telah tertulis bahawa Mikail adalah anugerah terindah buat mummy dan abi..Bila Mikail sudah besar dan fikiran Mikail telah matang, Mikail akan faham semua ini...Mummy dan abi sangat sayangkan Mikail...

Monday 31 August 2015

28 Ogos 2015 Mikail balik Taiping....

28.08.2015 yang lepas Mikail first time berjalan jauh...Mummy dan abi bawak Mikail balik Taiping Jumpa Opah dan wan...Alhamdulillah Mikail baik jer dalam kereta..tak nangis pun...Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita....